Pertandingan Boling

Reunion kedua bekas Komander Arau diadakan pada 6hb April 2013 bertempat di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square, K.Lumpur. Kali ini, organiser berjaya mengumpul ramai bekas Komander Arau terdiri dari LIBK 19, 20 dan 21 beserta keluarga.

Antara organiser yang terlibat dalam reunion kali ke 2 ini.
Tepat jam 1.30 tengahari sesi pendaftaran diadakan, semua peserta diberikan t-shirt berwarna merah. 


Peserta bergaya dengan t-shirt merah sebelum pertandingan bermula.
Peserta dipecahkan kepada 6 pasukan dan satu pasukan jemputan yang terdiri daripada kakitangan Ancasa Hotel dijemput untuk memenuhi syarat kelayakan penganjuran pertandingan oleh Ampang Superbowl iaitu 7 pasukan.

Pembahagian pasukan terdiri daripada:
Pasukan 1 - Erry, Mahrus, Man Kong dan Daleela
Pasukan 2 - Zakuan, Didi, Pendek dan Hurm
Pasukan 3 - Nizam, Bini Nizam, Pony dan Rozita (Bini Pony)
Pasukan 4 - Chiko, Mahfuzah (Bini Chiko), Zue dan Apit
Pasukan 5 - Fendi, Jora, Muzaffar dan Bini Man Kong
Pasukan 6 - Kodiang, Miedin, Leya dan Zurina
Pasukan 7 - Kakitangan Ancasa Hotel

Jurukamera semi-pro iaitu Pony sempat mengambil gambar, aksi-aksi peserta di sepanjang pertandingan diadakan.
Macam-macam skil balingan bola boling termasuk juga yang membaca doa sebelum baling bola..hehehe
Pelbagai gelagat sepanjang perlawang berlangsung.
Santapan petang semasa pertandingan berlangsung.
Antara hadiah yang ditawarkan di pertandingan boling.

Pertandingan dimenangi oleh pasukan dari kakitangan Ancasa Hotel termasuk kategori bagi kategori individu. Walaubagaimana pun hadiah bukan objektif dalam pertandingan ini tetapi perjumpaan serta semangat setiakawan yang ditunjukan oleh semua peserta dalam pertandingan ini dan kami semua adalah pemenang.
Tahniah kepada semua pemenang.
Pemenang untuk kategori individu. Tahniah kepada Eina.
Selesai pertandingan, sebahagian peserta menikmati makanan tengahari di KFC tingkat bawah Times Square.

Organiser juga mengucapkan terima kasih kepada semua bekas Komander yang hadir dan juga jutaan terima kasih kepada para sponsor iaitu Chiko, Leya, Eina, Hurm, Zakuan dan Didi serta tak lupa juga jutaan terima kasih kepada jurugambar semi-profesional iaitu Pony yang merakamkan detik kenangan reunion ini.

No comments:

Post a Comment