Aktiviti Paintball

Reunion pertama bekas Komander Arau telah diadakan 3hb Febuari 2013 (Ahad) sejak lama tak berjumpa selepas tamat belajar pada tahun 1996. Reunion sambil bermain Paintball di adakan di Taman Tasik Cyberjaya yang dikendalikan oleh Nor Azahari a.k.a Pony. Walaupun Chiko sibuk dengan kerja tetapi beliau tetap hadir memberi semangat kepada kami. Terima kasih bro...

Jam 8.00 pagi, kami berkumpul bersarapan bersama di Restoran Al Aqsa, Cyberjaya. Antara bekas Komander dan tetamu yang hadir ialah Pony, Chiko, Erry, Kodiang, Fendi, Miedin, Pak Tam, Nizam, Leya, Eina,  Emy (adik leya) dan Manja (ex-DIB). 

Tepat jam 10.00 pagi kami memulakan permainan paintball. Sesi taklimat diadakan kepada semua peserta tentang cara penggunaan senjata dan peraturan pertandingan.
 
Kami dibahagikan kepada 2 pasukan yang mana masing-masing mempunyai 5 orang ahli. 
 Kumpulan Angsa Ganaz
Di ketuai oleh Pony dan ahlinya ialah nizam, erry, miedin serta elya.

Kumpulan Beruang Comei
Di ketuai oleh Kodiang dan ahlinya ialah pak tam, fendi, manja dan emy.

Sebelum perlawanan semua peserta di wajibkan untuk sesi warm up yang di kelolakan oleh Nizam.
Selesai sesi warm up, sesi foto yang dikendalikan oleh Zurina, photographer yang sedang meningkat naik. 
Semangat berpasukan jelas terbayang sebelum memulakan perlawanan.

Perlawanan dibahagikan kepada 3 sesi dan pasukan yang berjaya mengambil bendera di tengah-tengah gelanggang di ikhtiarkan menang.

Perlawanan pertama di padang paintball satu. Antara gambar-gambar yang sempat di rakam oleh Zurina.

Perlawanan kedua di padang paintball dua.


Waktu rehat selama 15 minit. Nampaknya semua peserta pancit.

Perlawanan ketiga di padang paintball satu.

Tiada pasukan yang menang mahupun kalah kerana kami bermain dengan semangat setiakawan. 
Nampak macam Miedin memegang bendera tanda kemenangan tetapi tidak dikira kerana beliau telah terkena banyak tembakan tetapi mengaku masih hidup dan terus mengambil bendera. Bukti gambar nombor 2, terang-terang beliau terkena tembakan..hehehe

Walaupun semua yang menyertai meninggalkan kesan merah pada kulit akibat terkena peluru paintball tetapi kami puas hati kerana ianya bukan saja menguji ketahanan fizikal tetapi juga menguji ketahanan mental. Miedin boleh dianugerahkan sebagai pemain "berani mati" sesi kali ini.

Antara koleksi gambar-gambar yang ditangkap oleh Zurina setelah selesai perlawanan.
Chiko walaupun tidak mengambil bahagian tetapi turut hadir menyaksikan perlawanan terakhir dan turut melepaskan gian di lapang sasar.
Tepat jam 12.00 tengahari sesi bermain paintball tamat dan kami balik dengan meninggalkan seribu kenangan.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang hadir untuk menjayakan aktiviti reunion kali pertama yang julung-julung diadakan oleh bekas Komander Arau ini.

1 comment: