Jungle Tracking

Pada 21hb April 2013 aktiviti sihat diadakan oleh segelintir bekas Komander Arau yakni "jungle tracking" di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Aktiviti ini dianjurkan oleh Erry dan disertai oleh Fendi, Eina dan Leya serta anak-anak dan dua orang kawan Erry turut sama sertai dalam aktiviti ini. Tepat jam 8.00pagi kami mulakan pendakian ke dalam Hutan Simpan ini.
Antara gambar-gambar yang sempat di rakam didalam Hutan Simpan ini.
Aktiviti ini bukan sahaja menguji dari segi fizikal tetapi juga menguji dari segi mental kerana tempat dakian menuju ke puncak bukit betul-betul mendongak ke atas. Memang tidak dinafikan fendi dan erry pancit dalam pendakian ini dan alhamdullilah kami berjaya sampai ke puncak bukit. "Respect" juga kepada anak-anak Eina dan Leya yang berjaya mendaki separuh dari puncak bukit ini.

Selesai pendakian ke puncak dan kami turun pada jam 11.00pagi dan bersarapan bersama di kedai mamak berhampiran bukit tersebut.

Terima kasih kepada Erry kerana menganjur aktiviti sihat ini dan tidak mustahil kita akan pergi lagi ke sini sebagai persiapan dan latihan fizikal sebelum menganjurkan aktiviti yang lebih mencabar seperti memanjat gunung kelak.

No comments:

Post a Comment