Thursday 30 May 2013

Jemputan ke Mesyuarat Agung KOAKrAB - Peringatan


Assalamualaikum kepada bakal ahli KOAKrAB,

Rujuk kepada email kepada semua bakal ahli bertarikh 21/05/2013.

Email ini merupakan email ke 2 dari KOAKrAB, kami inginkan maklumbalas samada pihak tuan/puan dapat hadir @ tidak untuk mesyuarat pertama yang diadakan seperti maklumat dibawah.

Maklumbalas dari pihak tuan/puan amat dihargai agar memudahkan pihak penaja menguruskan tentang budget pada mesyuarat tersebut.

Kami juga lampirkan surat jemputan dan agenda mesyuarat permulaan KOAKrAB.

Sila sahkan kehadiran (seorang/bersama pasangan) dengan membalas email ini selewat-lewatnya pada 6/06/2013. 

Maklum balas dari anda semua amat penting untuk memudahkah kami menjayakan mesyuarat yang akan diadakan seperti berikut:

            Tarikh                : 15 Jun 2013 (Sabtu)
            Masa                  : 9.30 pagi - 1.00 tengahari
            Tempat              : Dewan Kelab Sukan DBKL, Jalan Tun Sambanthan 1, Brickfields, K.L
            Etika Pakaian    : Smart Kasual

Kerjasama dari pihak anda semua amat dihargai.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, sila hubungi kami ditalian dibawah:

1) En Khalid (Kodiang) - 019-381 5554
2) En Sherry Arizal (Erry) - 012-321 0209
3) En Mohd Arefendi - 010-260 5534
4) Pn Zurina Ibrahim (Ina) - 017-234 0048
5) Pn Zuraidah (Zue) - 012-255 5915
6) Pn Elya - 010-366 2569

Terima Kasih.

Efendi Mahat
Setiausaha Penaja
KOPERASI ALUMNI KESATRIA ARAU KUALA LUMPUR BERHAD

Tuesday 21 May 2013

Jemputan ke Mesyuarat Permulaan KOAKrAB

Kepada

Bakal Ahli KOAKrAB 

Kuala Lumpur 

Tuan/Puan, 

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI ALUMNI KESATRIA ARAU KUALA LUMPUR BERHAD (KOAKrAB)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, tuan / puan adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Alumni Kesatria Arau Kuala Lumpur Berhad yang akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 15 Jun 2013 (Sabtu) 

Masa : 9.30 pagi - 1.00 tengahari 
Tempat : Dewan Kelab Sukan DBKL, Jalan Tun Sambanthan 1, Brickfields, K.L 
Etika Pakaian : Smart Kasual 


3. Agenda mesyuarat di lampirkan untuk makluman tuan/puan. 


Sekian, terima kasih. 

Yang benar, 

Mohd Arefendi bin Mahat
Setiausaha Penaja 
Koperasi Alumni Kesatria Arau Kuala Lumpur Berhad (KOAKrAB)

Monday 22 April 2013

Penubuhan Koperasi Alumni Kesatria Arau Kuala Lumpur Berhad (KOAKrAB)

Assalamualaikum...

Alhamdullilah sejak sekian lama merancang, akhirnya koperasi yang kita rancang untuk ditubuhkan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 12/04/2013. Nama koperasi yang telah diluluskan oleh SKM adalah Koperasi Alumni Kesatria Arau Kuala Lumpur Berhad dan juga dikenali sebagai KOAKrAB.

Tahniah ditujukan kepada semua penaja atau pengerak yang merealisasikan impian penubuhan KOAKrAB ini. Peneraju utama dalam penubuhan ini ialah:
  1. En. Muhamad Khalid bin Ahmad (Kodiang)
  2. En. Sherry Arizal bin Mohamad Aris (Erry)
  3. En. Mohd Arefendi bin Mahat (Fendi)
  4. Pn. Zuraidah binti Abu Bakar (Zue)
  5. Pn. Zurina binti Ibrahim (Ina)
  6. Pn. Elya Wirdati binti Md Nasir (Leya)
  7. En. Khairul Azmir bin Ahmad (Chiko)
  8. En. Shahirul Nizam bin Salamun (Nizam)
  9. En. Khairon Anuar bin Shaari (Pak Tam)
  10. En. Mohamad Mairus bin Mainon (Mahrus)
  11. En. Nor Azhari bin Shamsuddin (Pony)
  12. En. Nor Harmizan bin Nor Rahim (Harm)
  13. En. Abdul Razak bin Junaidi (Ajax)
  14. En. Noor Azman bin Jumiran (Man)
Tujuan penubuhan KOAKrAB ini adalah untuk merapatkan siraltulrahim antara Bekas Komander ITM Arau, Perlis dan merancang untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang akan dibincang kelak.

Logo KOAKrAB juga dipersetujui oleh semua ahli penaja KOAKrAB yakni lambang korporat bagi koperasi yang bakal dikenali di seluruh Malaysia suatu hari nanti. Insyallah.


Dengan perancangan serta komitmen yang diberikan daripada penaja, kami yakin KOAKrAB dapat memberi manafaat kepada semua ahli dan memberi pulangan lumayan kepada semua pemegang saham KOAKrAB.

Insyallah kami akan kemaskini (update) segala maklumat tentang KOAKrAB agar semua bekas komander atau bakal ahli KOAKrAB sentiasa diberi maklumat tepat tentang koperasi ini.