Monday 22 April 2013

Penubuhan Koperasi Alumni Kesatria Arau Kuala Lumpur Berhad (KOAKrAB)

Assalamualaikum...

Alhamdullilah sejak sekian lama merancang, akhirnya koperasi yang kita rancang untuk ditubuhkan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 12/04/2013. Nama koperasi yang telah diluluskan oleh SKM adalah Koperasi Alumni Kesatria Arau Kuala Lumpur Berhad dan juga dikenali sebagai KOAKrAB.

Tahniah ditujukan kepada semua penaja atau pengerak yang merealisasikan impian penubuhan KOAKrAB ini. Peneraju utama dalam penubuhan ini ialah:
  1. En. Muhamad Khalid bin Ahmad (Kodiang)
  2. En. Sherry Arizal bin Mohamad Aris (Erry)
  3. En. Mohd Arefendi bin Mahat (Fendi)
  4. Pn. Zuraidah binti Abu Bakar (Zue)
  5. Pn. Zurina binti Ibrahim (Ina)
  6. Pn. Elya Wirdati binti Md Nasir (Leya)
  7. En. Khairul Azmir bin Ahmad (Chiko)
  8. En. Shahirul Nizam bin Salamun (Nizam)
  9. En. Khairon Anuar bin Shaari (Pak Tam)
  10. En. Mohamad Mairus bin Mainon (Mahrus)
  11. En. Nor Azhari bin Shamsuddin (Pony)
  12. En. Nor Harmizan bin Nor Rahim (Harm)
  13. En. Abdul Razak bin Junaidi (Ajax)
  14. En. Noor Azman bin Jumiran (Man)
Tujuan penubuhan KOAKrAB ini adalah untuk merapatkan siraltulrahim antara Bekas Komander ITM Arau, Perlis dan merancang untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang akan dibincang kelak.

Logo KOAKrAB juga dipersetujui oleh semua ahli penaja KOAKrAB yakni lambang korporat bagi koperasi yang bakal dikenali di seluruh Malaysia suatu hari nanti. Insyallah.


Dengan perancangan serta komitmen yang diberikan daripada penaja, kami yakin KOAKrAB dapat memberi manafaat kepada semua ahli dan memberi pulangan lumayan kepada semua pemegang saham KOAKrAB.

Insyallah kami akan kemaskini (update) segala maklumat tentang KOAKrAB agar semua bekas komander atau bakal ahli KOAKrAB sentiasa diberi maklumat tepat tentang koperasi ini.